Sunday, July 13, 2008

Emotional Spritual Quotient (ESQ) – Training Spritual Terbaik



Dari Kanan : Puan Marhaini Yusoff
Pengurus Besar ESQ Malaysia,
Pak Aminul Trainer, Muqorrabin Pegawai Perhubungan Awam.

Alamat :
No E602 Blok East Wing, Metropolitan Sq, No 2 Jln Pju 8/1,Damansara Perdana.
No.tel : 03 - 77 25 16 51, 03-77 28 16 50
http://www.esqway165.com/


Jika ditanya pada saya apakah buku spiritual terbaik lagi mengesankan tanpa berfikir sesaat pun saya akan kata Buku Travelog Haji. Dan jika ditanya apakah training spiritual terbaik, pasti jawapannnya ESQ. Sahabat baik saya Marhaini Yusoff mengikuti training ini di Indonesia. Sekembalinya dia dari sana beria-ia dia bercerita dan saya pula antara faham dengan tak faham apa yang dia cuba sampaikan hanya mendengar dengan penuh teruja. Beria-ia dia mahu saya hadir dan saya pula berasa sedikit cuak. Sebabnya saya agak ‘seram’ bila dia bercerita peserta yang hadir semuanya menangis. Bukan menangis sikit tapi menangis dan menangis dan menangis. Bukan dipaksa tetapi ia hadir dengan sendiri. Mengapa sampai menangis? Bermacam-macam sebab, dan antaranya ialah mengenangkan dosa-dosa lalu. Saya pula amat malu menangis ditengah-tengah orang ramai. Jika saya hendak menangis saya akan mencari tempat yang tidak ada orang. Itu tabiat saya sedari kecil.

Dipendekkan cerita akhirnya saya hadir ke training tersebut dengan azam ‘aku tak akan menangis’. Hari pertama ok tapi masuk hari kedua sudah goyang azamnya dan hari terakhir berjuraian air mata yang turun. Memang tidak faham sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hadir untuk kali kedua dan ketiga (nota : setelah hadir buat kali pertama anda sudah jadi alumni dan boleh hadir dengan percuma bila-bila masa sahaja apabila training diadakan) saya semakin faham dan sudah kurang menangis.

Namun ada sesuatu yang agak terkilan di hati hingga kini. Apa dia? Sehingga kini saya masih belum berjaya memujuk atau mengajak walau seorang pun kawan-kawan untuk hadir ke training tersebut. Kenapa? Sebabnya saya tidak pandai menerangkan bagaimana bagusnya training ini. Pernah mencuba tetapi bunyinya agak mendesak. Dan sudah tentu memberi rasa tidak senang di hati mereka. Jika ada yang bertanya saya hanya mampu memberitahu “pergilah, memang bagus, tidak rugi walau sesenpun duit yang dikeluarkan, saya tidak pandai menerangkan.”

ESQ adala sebuah institusi Latihan yang mengajak semua Manusia mengenali dengan lebih dekat siapa Allah, bagaimana rukun islam dan rukun iman yang hanya menjadi hafalan diterapkan dalam kehidupan seharian dengan memahaminya dan mempraktikanya. Itulah 165 . 1 itu Allah, 6 rukun iman dan 5 rukun islam.

1 comment:

Sofiyah said...

Yatie,
Sofiyah here. So nice that you promote ESQ in your blog. However, we need a favor...I sepakat ngan Marhaini, bab tuduhan dan fitnah (Arqam etc) tu boleh tolong delete dari your blog? DELETE THE PART. he he he. The issue giving 'unnecessary ideas' to readers of the blog, rather than 'defending' ESQ.
Hope comment ni pun you sorang yg baca.