Friday, December 11, 2009

Bertemu dengan mereka yang HIV/AIDS

Hiv/Aids jarang berada dalam kepala saya malah langsung tidak menarik perhatian untuk saya membaca mengenainya. Namun pada penghujung November saya mengikut rakan sekerja dari Majalah Mingguan Wanita ke pejabat Majlis Aids di Petaling Jaya.

Memandangkan saya free hari tersebut pelawaan mereka saya terima dan kebetulan bekas wartawan majalah Media Hiburan menjadi PR di sana dan di atas undangannya dia menjemput rakannya di Mingguan Wanita.

Saya pula tertarik untuk bertemu dengan pesakit Hiv/Aids bersama presidennya dan Datuk Maznah selaku salah seorang AJKnya. Walaupun dalam hati berdebar-debar kerana tidak pernah bertemu dengan pesakit hiv/aids. Terselit perasaan bimbang takut dijangkiti namun perasaan ingin tahun mengatasi perasaan bimbang.

Dipendekkan cerita pertemuan tersebut membuka minda tentang hiv/aids setelah diberi penerangan oleh Presiden hiv/aids prof Adeeba. Saya diminta untuk siarkan cerita tersebut bersempena hari hiv/aids sedunia pada 1 Disember.

Saya pula tercari-cari bagaimana untuk buat artikel tersebut jadi menarik dan terbaik. Kami dibekalkan dengan pelbagai risalah, fakta dan buku mengenai hiv/aids. Saya melihat risalah yang diberi, melihat fakta2 yang tertera .

Saya biarkan fikiran itu berlalu beberapa hari. Saya melihat buku bertajuk suara terpendam hiv/aids yang diberi dan mula membaca. Dari kulit ke kulit saya baca. senang cakap saya tidak boleh letak buku tersebut, perasaan ingin tahu terus-terusan membuatkan saya membaca buku itu hingga selesai.

Perasaan sewaktu membaca buku tersebut bercampur baur, tak tahu apa yang patut difikirkan dan dikatakan. Saya biarkan fikiran kosong tidak mahu beranggapan negatif tetapi perasaan kesian dan simpati terhadap mereka2 yang sanggup menjaga pesakit tidak dapat dinafikan.

Cerita2 dari buku tersebut saya jadikan intro untuk rencana hari aids sedunia. saya harap ia dapat memberi keinsafan pada orang ramai yang membacanya.

Dan kemudiannya saya mendapat dua jemputan lagi untuk event hiv/aids. kali ketiga saya dapat lagi dan membuat keputusan tidak mahu pergi. cukuplah sekali saya dah tahu kata hati tetapi editor juga mendapat jemputan dan menyuruh saya pergi.

Tiga hari diadakan persidangan nya di monash university, saya pergi hari kedua, seronok juga melihat pelajar2 mengambil bahagian, mostly pelajar berbangsa china. Jika kali pertama saya bertemu dengan seorang hiv/aids positif, kali ini saya berdepan dengan lima orang.

saya bersama rakan dari utusan menemubual mereka. sebelum itu saya sudahpun merangka soalan-soalan yang hendak ditanya.

seorang dapat hiv/aids kerana ketagihan dadah, seorang maknyah, seorang lagi dari arwah suami yang ketagihan dadah dan seorang lagi dari pemindahan darah. Hati saya tentu sekali lebih kesiankan pada sang isteri dan melalui pemindahan darah.

Dalam pertemuan tersebut banyak harapan dan pesnan yang mereka mahu saya sampaikan pada masyarakat umum. Dan yang paling penting ialah mereka kata

"KAMI TIDAK MAHU SIMPATI TETAPI KAMI MAHUKAN EMPATI, FAHAMI KAMI DAN JANGAN BUNUH KAMI DENGAN DISKRIMINASI.'

Ya, betul, saya setuju dengan mereka, dan saya melihat diskriminasi dan persepsi negatif berpunca daripada 'TIDAK FAHAM DAN MAKLUMAT YANG SALAH'.

Monday, July 13, 2009

Sekolah Pondok Modern Gontor Darussalam Ponorogo





Penghujung bulan lepas saya berpeluang mengikuti rombongan Dewan Perdagangan Islam Malaysia ke Solo, Ponorogo dan Jogjakarta. Mereka ke sana atas misi mengembangkan bisnes serta menjalinkan silaturrahim.
Banyak tempat yang kami kunjungi. Salah satu yang amat menarik perhatian dan membuat saya kagum ialah lawatan ke Sekolah Pondok. Jika di Malaysia bila disebut sekolah pondok, perkara pertama menerjah fikiran ia sebuah sekolah kampung yang daif dan sesuai untuk pelajar golongan miskin.
Situasi demikian amat jauhhhhhhh berbeza di Ponorogo. Keluasannya sama seperti sebuah kampung yang lengkap dengan prasarana. Sememangnya ia tidak layak dipanggil sekolah pondok kerana ia sama seperti mana-mana sekolah biasa yang lain.
Jarak antara sekolah lelaki dan sekolah perempuan lebih kurang 100km. Pelajar tinggal di dalam kawasan sekolah. Keluasan sekolah lelaki lebih luas dari sekolah perempuan. Jumlah pelajar lelaki lebih kurang 5 ribu di mana 80 daripadanya pelajar Malaysia dan selebihnya dari Thailand, Arab, Australia (nota : pelajar dari Arab dan Australia adalah pelajar Melayu kita.)

UNIK DAN ISTIMEWANYA sekolah ini ialah sistem pembelajarannya yang mengasuh dan mendidik pelajarnya menjadi usahawan. Di dalam kawasan sekolah terdapat pasaraya yang menjual pelbagai barangan daripada makanan kering, minuman, pakaian, stationery, buku, dan pelbagai lagi.
Saya terkejut apabila diberitahu pelajar juga mengusahakan minuman air mineral, kedai jahit, kedai pastry, rumah penginapan, kilang mencetak buku (semua buku sekolah dicetak di kilang ini) dan pelbagai industri yang tidak sempat kami lawati kerana kesuntukan masa.

Tentu sekali pertanyaan yang menerjah fikiran bila masa pula mereka belajar. Para pelajar hanya mengurus perniagaan yang sedia ada. Jika ada waktu kelapangan mereka akan 'turun padang'.
Bagaimana pula sistem pembelajarannya? Saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang pelajar lelaki Malaysia dan bertanyakan hal tersebut. Ia sama sepertimana pelajar Malaysia yang memasuki sekolah agama. Masih belajar subjek-subjek akademik dan bahasa Arab yang kesemuanya berjumlah 23 subjek. (banyakkknyaa..dalam hal ini saya sentiasa respek pada pelajar yang bersekolah agama. Saya selalu melihat belajar di universiti lebih mudah dan menyeronokkan daripada belajar disekolah)
Pelajar di sekolah gontor ini hanya bercuti pada hari Jumaat sahaja. Setiap hari jadual sentiasa padat. Bangun seawal 3.30 pagi bersolat tahjud (ia wajib dilakukan, tiada yang terkecuali, saya musykil kerana 5 ribu pelajar bagaimana pihak sekolah dapat pastikan tiada yang ponteng?) . Mereka menjawab memang tiada, ia sudah menjadi kebiasaan. Jika yang tertidur atau tersengguk2 itu adalah.
nota : Sebenarnya pihak pentadbiran sekolah bertindak sebagai penasihat sahaja kerana semua aktiviti yang dijalankan digerakkan oleh para pelajar sendiri.
Tiga bulan sebelum peperiksaan pelajar akan 'di kuarantin' . Maksudnya pelajar lebih banyak menghabiskan masa mengulangkaji 23 subjek. Bagaimana peperiksaan 'besar'. (spt PMR, SPM, STPM). Pelajar akan menghadapi peperiksaan besar apabila mereka berada di akhir persekolahan iaitu tingkatan 6 (tiada 6 bawah atau 6 atas).
Segala apa yang dipelajari dari tingkatan 1 hingga tingakatan 6 akan disoal. Tiada soalan objektif semuanya subjektif. Kata pelajar tersebut 'kalau pelajar tidak belajar/ mengulangkaji, memang dia tidak akan boleh jawab periksa'. Bagaimana pula dengan yurannya? Hanya RM120 setiap bulan.
Dan tanpa kompromi walaupun sekolah ini terletak di luar bandar, dan mempunyai perkataan 'pondok' sesuatu yang saya kagumi dengan para pelajarnya ialah mereka sangat mahir berbahasa INGGERIS selain bahasa ARAB dan sudah tentu bahasa Ibunda mereka. Hal ini disebabkan ketiga-tiga bahasa ini sangat-sangat ditekankan agar kesemua pelajar mampu menguasainya.
Terlalu banyak untuk diceritakan dan jika ada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah pondok ini bolehlah berhubung dengan : Hj. Mohamad Sahar Mat Din di talian 019-216 4144. Anak sulong beliau bersekolah di sana dan akan menyusul anak ke dua pula.

Cerita menyeluruh mengenai sekolah ini juga akan disiarkan dalam majalah i Terbitan Kumpulan Karangkraf keluaran OGOS/SEPTEMBER.

















































Monday, February 16, 2009

Mengenali Bakat Semulajadi Melalui Cap Jari

Pernahkah anda terfikir mengapa selama ini segala usaha yang anda lakukan gagal walaupun anda telah melakukan dan mencuba sebaik mungkin? Atau anda berasa terpaksa melakukan sesuatu perkara yang anda tidak minat kerana pelbagai sebab dan hasilnya tidak memberangsangkan? Juga berasa tertekan kerana anak anda tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam perkara yang dilakukan sama ada dalam pembelajaran ataupun pekerjaannya setelah anda berhempas pulas berhabis wang ringgit untuk membantunya? Ya, mungkin anda akan memberi pelbagai jawapan kepada soalan-soalan di atas. Walau apa pun jawapannya, pernahkah anda terfikir antara faktor utama kegagalan tersebut ialah disebabkan kegagalan anda dalam mengenalpasti apakah bakat yang ada dalam diri mahupun anak-anak sehinggakan anda terpaksa berdepan dengan pelbagai kegagalan dan rintangan.

Menurut Pengarah Urusan Airborne Discovery, Noor Azizan Abdul Majid dalam setiap diri manusia terdapat dua faktor yang mempengaruhi potensi diri iaitu faktor semulajadi atau Natural yang telah ada dalam diri sejak anda lahir (potensi Genetik) dan yang ke dua ialah faktor Nurtural iaitu faktor lingkungan, iaitu potensi di luar diri yang mempengaruhi anda dalam menentukan sikap, tindakan dan karakter.

Jika selama ini cap jari ibu jari digunakan untuk mengenalpasti identiti seseorang dan melalui kaedah yang sama kita mampu mengenal bakat semulajadi yang ada dalam diri tetapi cap jari yang diambil bukan hanya ibu jari sahaja tetapi SEPULUH JARI. Setelah sepuluh cap jari diambil ia akan melalui proses analisis melalui perisian komputer yang khusus dibangunkan untuk menganalisis cap jari. Setelah itu satu buku laporan akan dikeluarkan ke atas individu tersebut.

Di dalam buku laporan tersebut mengandungi 10 perkara berikut;
- Belahan otak yang dominan,
- Gaya belajar yang dominan,
- Sensitiviti pembelajaran,
- Ssnsitiviti dalam bertindak,
- Kecenderungan karakter keperibadian,
- Bidang yang berpotensi,
- Bidang yang lemah,
- Ketrampilan yang dominan,
- Potensi kecerdasan yang dominan dan
- Potensi kecerdasan yang lemah.

Hasil analisis ini amat berguna dalam membantu seseorang :
- Mengetahui potensi bakat, kecerdasan, karakter dan motivasi yang bersifat genetik.
- Mengetahui gaya dan kaedah pembelajaran yang paling efektif.
- Memiliki sumber rujukan dalam menganalisa potensi diri, kekuatan dan kelemahan.
- Dapat merancang masa depan yang efektif dalam soal pembelajaran, karier dan komunikasi. -- Mengembangkan bakat yang kuat agar lebih cemerlang.
- Dan panduan bagi anak-anak dan ibu bapa memilih jurusan, dan cita-cita yang paling sesuai dengan potensi dirinya.

Mengapa Cap Jari

Mengikut Azizan cap jari adalah bahagian tubuh yang bersifat kekal, tidak pernah berubah sepanjang hayat dari kecil hingga dewasa. Setiap orang mempunyai cap jari sendiri di samping identifikasi, juga menggambarkan karakteristik yang spesifik di setiap orang. Pertumbuhan cap jari mula muncul pada bayi masih dalam kandungan (embrio) 13 minggu dan perkembangannya seiring dengan pertumbuhan otak. Pembentukan pola cap jari menggambarkan cara kerja dan fungsi-fungsi bahagian otak.

Apa Itu Bakat?

Menurut Prof Dr Cony Semiawan, Perspektif Pendidikan Anak Berbakat, Grasindo, bakat adalah kemampua yang wujud dalam diri seseorang yang dibawa sejak lahir dan berkaitan dengan struktur. Bakat memiliki sifat yang unik yang mana setiap orang dilahirkan dengan bakat yang berbeza-beza. Ada dua paradigma dalam membangunkan dan mengembangkan bakat iaitu :

1) Fokus menutupi bakat yang lemah
2) Fokus mengembangkan bakat yang terserlah

Jika kita lebih berfokus untuk mengembangkan bakat yang lemah ia memerlukan waktu yang lama, tidak efektif dan efisen. Jika kita memberi fokus kepada bakat yang terserlah yang mana jika dikembangkan ia mengambil masa yang singkat serta sangat efektif dan efisen.

Bagaimana Cara Mengenali Bakat

1)Melalui pengalaman iaitu ketika mencuba hal tertentu, kemudian mengalami banyak kemajuan.
2)Mengikuti ujian bakat
3)Menggabungkan antara pengalaman dan hasil ujian bakat

Kecerdasan adalah bakkat

Kecerdasan dapat dilihat sebagai bakat yang memungkinkan seseorang menguasai kemampuan tertentu di atas pelbagai ketrampilan. Kecerdasan sebenarnya adalah kemampuan untuk menerima situasi baru serta kemampuan untuk belajar dari pengalaman masa lalu. Sesungguhnya anda adalah jauh lebih cerdas dari yang anda sedari. Setiap manusia normal dapat membangunkan atau menggembangkan lapan jenis kemapuan kecerdasan hingga ke tingkat penguasaan yang lebih tinggi

Lapan kecerdasan itu adalah :
1) Linguistik
Kemampuan untuk memahami, menjelaskan, dan mengkomunikasikan inti permasalahan ke dalam bentuk bahasa komunikasi sehari-hari. Dan bidang pekerjaan yang dominan; penyair, penulis, jurulatih, mubaligh, pembicara umum, guru, peguam, ahli politik, penterjemah, pelakon, pendogeng, pelawak, pemidato, novelis dan lain-lain.

2) Logik matametik
Kemampuan berhadapan dengan angka dan logik, rasional apabila berhadapan dengan masalah dan menggunakan logik untuk menyelesaikannnya. Bidang pekerjaan yang dominan ; ahli matematik, akauntan, doktor, ilmuwan, ahli ekenomi, ahli teknologi, angkasawan, pengacara, penyiasat dan lain-lain.

3) Intrapersonal
Kemampuan memahami perasaan, emosi, motivasi, kedisplinan, kekuatan dan kepercayaan dalam diri sendiri, termasuk kemampuan merancang dan mengurus diri. Bidang pekerjaan yang dominan ; ahli psikologi, ahli falsafah, penyair, penulis, pakar perunding, spritualis, penulis biografi, artis dan lain-lain

4) Naturalis
Kemampuan memahami, menghubungkan dan kategorikan fenomena dan kejadian-kejadian persekitaran, termasuk pengenalan dan pengamatan. Bidang pekerjaan yang dominan; peniliti alam, pakar biologi, farmasi dan aktivs lingkungan hidup, aktivis binatang.

5) Muzikal
Kemampuan memahami notasi, nada, dan irama atau intonasi, termasuk memahami bahasa non-liguistik berdasarkan intonasi suara. Pekerjaan yang dominant pereka alat muzik, pengkiritk lagu, ahli muzik, pencipta lagu, penghibur dan lain-lain.

6) Body-Kinestetik
Kemampuan menyelaraskan gerakan psikomotor, termasuk memahami arahan pengendalian, mementingkan ketrampilan dan kepantasan fizikal. Bidang pekerjaan yang dominan, olahragawan, professional, pakar senaman, pereka tari, artis, penari, jurubedah, pelukis dan lain-lain.

7) Visual-spasial
Kemampuan berimiganasi ruang, konseptual dan kemampuan mengenali gambar atau bentuk dimensi ruang. Pekerjaan yang dominan ; artis, mekanik, kartunis, pnggubah bunga, pereka laman web. arkitek, pelayar, pengurus, jurugambar dlln

8) Interpersonal
Kemampuan memahami orang lain, mengatasi perbezaan dengan orang lain, mengatasi konflik, mudah bekerjasama dengan orang lain, kemampuan untuk mempersepsi dan membezakans suara hati, bermotivasi. Bidang pekerjaan yang dominan; guru, pegawai pemasaran, usahawan, ahli politik, kaunselor, peceramah, pemandu pelancong, penjual, antropologi jururawat dlln.

Charge yang dikenakan RM 70 dan untuk berkumpulan ada diskaun diberikan.

BAGI YANG BERMINAT SILA HUBUNGI :

HANIZAH UJANG
019 - 356 6553
WORLDWIDE BUSINESS PARK
SHAH ALAM SELANGOR
PHONE : 03 - 5511 7971
FAX : 03 - 55 12 7971
LAMAN WEB: www.airbornediscovery.com.my

Thursday, January 22, 2009

Pokok Gharqad

Ditulis oleh PUTRA
Khamis, 11 September 2008

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Wallahu'alam. Sumber: http://terjah.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=85


ROMZI BIN ADAM
Pegawai Teknik
Technical Expert (Mekanikal)
TMFS Sdn Bhd
Shah Alam
013-3416150
aromzi@tm.com.my

Kopi Hutan

Saya menerima email ini dari pembaca. Saya sendiri belum cuba. Tetapi saja paparkan disini untuk sesiapa yang ingin mencuba. Dan dibawah sekali ada juga iklan kecil.

-----------------------------------------------------------------------------------------

salam,

Saya telah mencubanya. Saya menderita kencing manis.Pada mulanya saya kurang yakin apabila diberitahu yang saya tidak perlu lagi berpantang, Namun itulah hakikatnya,sekarang saya tidak lagi berpantang dan kadar gula saya normal seperti orang biasa.Isteri saya menderita ghout - 6 tahun menderita-apabila membaca risalah kopi hutan ini ghout boleh sembuh 2-3 hari sahaja , saya pun cuba buat-buat yakin dan Alhamdulillah isteri saya sembuh sehingga kini.Saya kongsi dengan rakan sekerja yang menghidap darah tinggi, beliau pun sembuh dalam masa 2 bulan setelah mencuba 2 botol.Nasihat saya yakinlah dan cuba bersabar sekejap. Terdapat 7 penyakit yang sangat berkesan dengan kopi hutan ini kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, buasir, ghout dan athsma/lelah.

Hendak cari catering kat KL/selangor call kak Affisah 0194407973 lebih murah dari orang lain sebab dia dan anak-anak dia sahaja yang buat kerja.memang pandai memasak.orang tempatan.nak cari perodua/trade in/atur loan keta contact Rizal 0173684175 p/s kalau ada apa2 yg baik forward la pulak ka saya..