Friday, December 11, 2009

Bertemu dengan mereka yang HIV/AIDS

Hiv/Aids jarang berada dalam kepala saya malah langsung tidak menarik perhatian untuk saya membaca mengenainya. Namun pada penghujung November saya mengikut rakan sekerja dari Majalah Mingguan Wanita ke pejabat Majlis Aids di Petaling Jaya.

Memandangkan saya free hari tersebut pelawaan mereka saya terima dan kebetulan bekas wartawan majalah Media Hiburan menjadi PR di sana dan di atas undangannya dia menjemput rakannya di Mingguan Wanita.

Saya pula tertarik untuk bertemu dengan pesakit Hiv/Aids bersama presidennya dan Datuk Maznah selaku salah seorang AJKnya. Walaupun dalam hati berdebar-debar kerana tidak pernah bertemu dengan pesakit hiv/aids. Terselit perasaan bimbang takut dijangkiti namun perasaan ingin tahun mengatasi perasaan bimbang.

Dipendekkan cerita pertemuan tersebut membuka minda tentang hiv/aids setelah diberi penerangan oleh Presiden hiv/aids prof Adeeba. Saya diminta untuk siarkan cerita tersebut bersempena hari hiv/aids sedunia pada 1 Disember.

Saya pula tercari-cari bagaimana untuk buat artikel tersebut jadi menarik dan terbaik. Kami dibekalkan dengan pelbagai risalah, fakta dan buku mengenai hiv/aids. Saya melihat risalah yang diberi, melihat fakta2 yang tertera .

Saya biarkan fikiran itu berlalu beberapa hari. Saya melihat buku bertajuk suara terpendam hiv/aids yang diberi dan mula membaca. Dari kulit ke kulit saya baca. senang cakap saya tidak boleh letak buku tersebut, perasaan ingin tahu terus-terusan membuatkan saya membaca buku itu hingga selesai.

Perasaan sewaktu membaca buku tersebut bercampur baur, tak tahu apa yang patut difikirkan dan dikatakan. Saya biarkan fikiran kosong tidak mahu beranggapan negatif tetapi perasaan kesian dan simpati terhadap mereka2 yang sanggup menjaga pesakit tidak dapat dinafikan.

Cerita2 dari buku tersebut saya jadikan intro untuk rencana hari aids sedunia. saya harap ia dapat memberi keinsafan pada orang ramai yang membacanya.

Dan kemudiannya saya mendapat dua jemputan lagi untuk event hiv/aids. kali ketiga saya dapat lagi dan membuat keputusan tidak mahu pergi. cukuplah sekali saya dah tahu kata hati tetapi editor juga mendapat jemputan dan menyuruh saya pergi.

Tiga hari diadakan persidangan nya di monash university, saya pergi hari kedua, seronok juga melihat pelajar2 mengambil bahagian, mostly pelajar berbangsa china. Jika kali pertama saya bertemu dengan seorang hiv/aids positif, kali ini saya berdepan dengan lima orang.

saya bersama rakan dari utusan menemubual mereka. sebelum itu saya sudahpun merangka soalan-soalan yang hendak ditanya.

seorang dapat hiv/aids kerana ketagihan dadah, seorang maknyah, seorang lagi dari arwah suami yang ketagihan dadah dan seorang lagi dari pemindahan darah. Hati saya tentu sekali lebih kesiankan pada sang isteri dan melalui pemindahan darah.

Dalam pertemuan tersebut banyak harapan dan pesnan yang mereka mahu saya sampaikan pada masyarakat umum. Dan yang paling penting ialah mereka kata

"KAMI TIDAK MAHU SIMPATI TETAPI KAMI MAHUKAN EMPATI, FAHAMI KAMI DAN JANGAN BUNUH KAMI DENGAN DISKRIMINASI.'

Ya, betul, saya setuju dengan mereka, dan saya melihat diskriminasi dan persepsi negatif berpunca daripada 'TIDAK FAHAM DAN MAKLUMAT YANG SALAH'.