Thursday, June 26, 2008

Baja & Racun Serangga Tanpa Chemical



Tel : 06 - 633 9433 HP : 019 - 622 360
Alamat : No. 135, Tingkat 1, Lorong Haruan 5/5, Oakland Commerce Square Seremban Negeri Sembilan.
Puan Rokiah Hassan amat peramah orangnya dan pandai sekali bercerita. Saya tidak tahu bahawa beliau mempunyai kelebihan dan minat yang luar biasa sekali. Setelah menemui beliau dan bercerita barulah saya tahu wanita ini mempunyai kilang mengeluarkan baja dan racun serangga yang free chemical. Sememangnya dia tidak lokek ilmu, tanyalah apa sahaja semuanya dijawab dengan jujur. Kagum dengan minatnya beliau memberitahu saya dengan lebih lanjut tentangnya. Berikut ialah Siaran Akhbar tentang produk yang beliau keluarkan.


Sesi Perkongsian Aplikasi Teknologi EM (Effective Microorganisms) Untuk Ternakan Darat, Ternakan Akuatik, Haiwan Peliharaan, Tanaman, Tanaman Landskap, Rumput Turf Dan Rawatan Alam Sekitar

Bertempat di Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan satu majlis perkongsian aplikasi teknologi EM diadakan oleh Heritage Biotech Sdn. Bhd. selama dua hari berturut-turut. Pada majlis tersebut para peserta diberi peluang mendapatkan maklumat secara teknikal mahupun praktikal serta tip-tip dari pengalaman kejayaan yang dilalui oleh penguna produk BioSense sendiri dalam bidang ternakan dan tanaman dan ternyat mereka sangat berpuas hati apabila menggunakan BioSense kerana ia adalah JIMAT dan SELAMAT digunakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Heritage Biotech, Rokiah Hassan produk BIOSENSE yang berasaskan EM Teknologi ini sangat berguna untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembesaran ternakan darat, akuatik, haiwan peliharaan, tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, herba, landskap dan rawatan sisa buangan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya lagi Teknologi EM ini juga sangat berkesan untuk menghurai dan menghancurkan, (decompose) sampah sarap termasuk plastik dan bahan organik yang lain secara proses semulajadi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Selain itu, Teknologi EM ini boleh membantu menghilangkan dan mengawal bau busuk dari sampah sarap, kitar semula sampah sarap menjadi kompos, membaik pulih sistem saliran perparitan dan longkang serta tandas, menggunakan kawasan pelupusan sampah yang sama tanpa perlu berpindah ke kawasan lain.

Teknologi EM ini boleh diaplikasi kepada pusat perlupusan sampah (Dumping Site), sungai, longkang dan tandas awam. Selain itu faedah penggunaan EM bagi rawatan kandang ternakan darat atau akuatik dalam membantu mengurangkan bau busuk pada kandang, mengurangkan lalat, kutu, dan serangga yang berbahaya pada ternakan, mengurangkan jangkitan penyakit yang berpunca daripada air, meningkatkan kesihatan ternakan, mengurangkan tekanan kepada ternakan dan meningkatkan imunisasi melawan penyakit, meningkatkan kualiti hasil ternakan, mengurangkan kos kerana ia merupakan altenatif kepada bahan ubatan dan juga antibiotik untuk ternakan. Mengurangkan kos bahan makanan kerana dengan penambahan EM dalam kolam ternakan dapat meningkatkan pertumbuhan zooplankaton dan phytoplankaton yang merupakan makanan semulajadi kepada ternakan akuatik. Ia juga Memelihara kandang ternakan supaya dapat digunakan dengan lebih lama, menjimatkan masa, meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan ternakan, menghasilkan najis haiwan yang berkualiti dan boleh digunakan dalam aktiviti lain tanpa membahayakan dan mengurangkan kesan sampingan akibat bahan vaksinasi dalam semua bentuk produk ternakan seperti daging dan tenusu.

END/-

Cancer - Tidak Perlu Bedah/ Buang


Kira-kira dua minggu yang lalu saya ke Taman Ehsan Kepong Selangor bertemu dengan Dr.Aziz. Dr.Aziz mempunyai pengalaman luas dalam memberi rawatan kepada pesakit Cancer. Beliau pernah bekerja di hospital besar Kuala Lumpur selama berbelas tahun dan memiliki kepakaran dan kelulusan dalam rawatan kanser serta perubatan nuklear.

Menggunakan kaedah Organopathy untuk merawat pesakit kanser menjadi tumpuannya kini. Pada mulanya saya keliru juga kerana ingin melihat ubat yang dikatakan boleh merawat penyakit tersebut . Rupa-rupanya dia memberitahu tidak ada ubat khusus cuma apa yang beliau lakukan ialah pesakit akan di daiagnose kemudian dia akan memberi 'campuran' ubat Organopathy kepada pesakit mengikut tahap sakit itu sendiri. Saya melihat sendiri senarai atau rekod pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan sewaktu saya menemubualnya dia menerima satu panggilan daripada pesakit kanser yang bertanyakan lebih lanjut tentang penggunaan ubat tersebut.

Bagi wanita yang mengidap kanser payudara, dia memberitahu saya jaganlah terburu-buru 'buang' payudara tersebut, cubalah berubat dengannya terlebih dahulu kerana sudah ramai yang selamat daripada kes 'potong dan buang' . Yang pasti semua itu adalah dengan izin Allah katanya. Cerita lanjut mengenai rawatan ini dalam majalah MIDI keluaran 15 Julai.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan bolehlah hubungi beliau di talian : 012 418 2536 atau 012 4752636. Dia menetap di Perlis dan akan datang ke KL setiap hujung minggu.

Wednesday, June 25, 2008

Guna Rotan Untuk Merawat Penyakit







Hari ini saya ke SS3 Dewan Orang Ramai Kelana Jaya bertemu dengan seorang lelaki Tionghua Mr.Yong Yew Tuck. Dia mengajar sekumpulan warga tua yang kebanyakan berbangsa Tiongua cara menggunakan rotan untuk merawat sakit. Amat menarik kaedahnya.

Terdapat dua jenis rotan -
1- Panjang (lebih kurang 2 kaki) dan bulat
2- Pendek (lebih kurang 1 kaki) dan leper

Caranya :

Terdapat 3 langkah:

1) Rotan panjang di urut (massage)/ digosok ke seluruh badang bermula dengan kepala, muka, tengkuk, tangan, badan dan seterusnya ke kaki.

2) Stretching (regangan) - gunakan rotan yang sama dan lakukan regangan bermula dari kepala hingga kaki. Stretching ni lebih kepada merawat tulang belakang.

3) Merotan / menepuk - gunakan rotan yang pendek dan leper untuk merotan atau menepuk2 bahagian badan bermula dari bahu, tangan, belakang badan, peha, betis dan ke tapak kaki.

Gerakan yang dilakukan saya anggap 2 in one sebabnya selain merawat sakit ia juga dilihat sebagai satu senaman. Yang menariknya boleh dilakukan di rumah sambil duduk-duduk tengok tv. Lagipun kita tidaklah tercari-cari orang untuk urut atau picit2 badan kita. Boleh saja di bawa ke mana2 rotan tersebut. Dan penat memandu bila tiba kawasan rehat pukul2 lah bahu yang lenguh tu.

Kata Mr Yong ni kebaikan merotan dan menggosok ni, dia boleh expand saluran darah kita, dan memperbaiki aliran darah ke seluruh badan. Mana2 yang tersumbat tu boleh di clearkan balik. Perbuatan menggosok tu membolehkan haba di keluarkan dari rotan. Daripada perbualan saya dengan beberapa orang yang mengikuti latihan tersebut ada yang mengalami sakit tulang belakang, tak boleh membongkok, sakit lutut, tak boleh angkat tangan tapi dengan selalu merotan Alhamdulillah semua masalah itu dapat diatasi.

Kiranya macam2 penyakit boleh sembuh atau dikurangkan kesakitannya. Rotan yang digunakan ialah rotan Manau yang dikatakan rotan terbaik.

Jika ada yang berminat bolehlah telefon Mr.Yong di hp nya : 012 - 2142299 (hes 64)
Hes willing to teach anybody yang berminat but in group of 20 person. tak ada charge, its free. Rota tu pula boleh dibeli dengan dia sebab dia sendiri yang buat rotan tu. Harganya not more than RM20/- and you can buy the DVD dengan harga RM20.