Thursday, June 26, 2008

Baja & Racun Serangga Tanpa Chemical



Tel : 06 - 633 9433 HP : 019 - 622 360
Alamat : No. 135, Tingkat 1, Lorong Haruan 5/5, Oakland Commerce Square Seremban Negeri Sembilan.
Puan Rokiah Hassan amat peramah orangnya dan pandai sekali bercerita. Saya tidak tahu bahawa beliau mempunyai kelebihan dan minat yang luar biasa sekali. Setelah menemui beliau dan bercerita barulah saya tahu wanita ini mempunyai kilang mengeluarkan baja dan racun serangga yang free chemical. Sememangnya dia tidak lokek ilmu, tanyalah apa sahaja semuanya dijawab dengan jujur. Kagum dengan minatnya beliau memberitahu saya dengan lebih lanjut tentangnya. Berikut ialah Siaran Akhbar tentang produk yang beliau keluarkan.


Sesi Perkongsian Aplikasi Teknologi EM (Effective Microorganisms) Untuk Ternakan Darat, Ternakan Akuatik, Haiwan Peliharaan, Tanaman, Tanaman Landskap, Rumput Turf Dan Rawatan Alam Sekitar

Bertempat di Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan satu majlis perkongsian aplikasi teknologi EM diadakan oleh Heritage Biotech Sdn. Bhd. selama dua hari berturut-turut. Pada majlis tersebut para peserta diberi peluang mendapatkan maklumat secara teknikal mahupun praktikal serta tip-tip dari pengalaman kejayaan yang dilalui oleh penguna produk BioSense sendiri dalam bidang ternakan dan tanaman dan ternyat mereka sangat berpuas hati apabila menggunakan BioSense kerana ia adalah JIMAT dan SELAMAT digunakan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Heritage Biotech, Rokiah Hassan produk BIOSENSE yang berasaskan EM Teknologi ini sangat berguna untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembesaran ternakan darat, akuatik, haiwan peliharaan, tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, herba, landskap dan rawatan sisa buangan dan pemuliharaan alam sekitar.

Menurutnya lagi Teknologi EM ini juga sangat berkesan untuk menghurai dan menghancurkan, (decompose) sampah sarap termasuk plastik dan bahan organik yang lain secara proses semulajadi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Selain itu, Teknologi EM ini boleh membantu menghilangkan dan mengawal bau busuk dari sampah sarap, kitar semula sampah sarap menjadi kompos, membaik pulih sistem saliran perparitan dan longkang serta tandas, menggunakan kawasan pelupusan sampah yang sama tanpa perlu berpindah ke kawasan lain.

Teknologi EM ini boleh diaplikasi kepada pusat perlupusan sampah (Dumping Site), sungai, longkang dan tandas awam. Selain itu faedah penggunaan EM bagi rawatan kandang ternakan darat atau akuatik dalam membantu mengurangkan bau busuk pada kandang, mengurangkan lalat, kutu, dan serangga yang berbahaya pada ternakan, mengurangkan jangkitan penyakit yang berpunca daripada air, meningkatkan kesihatan ternakan, mengurangkan tekanan kepada ternakan dan meningkatkan imunisasi melawan penyakit, meningkatkan kualiti hasil ternakan, mengurangkan kos kerana ia merupakan altenatif kepada bahan ubatan dan juga antibiotik untuk ternakan. Mengurangkan kos bahan makanan kerana dengan penambahan EM dalam kolam ternakan dapat meningkatkan pertumbuhan zooplankaton dan phytoplankaton yang merupakan makanan semulajadi kepada ternakan akuatik. Ia juga Memelihara kandang ternakan supaya dapat digunakan dengan lebih lama, menjimatkan masa, meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan ternakan, menghasilkan najis haiwan yang berkualiti dan boleh digunakan dalam aktiviti lain tanpa membahayakan dan mengurangkan kesan sampingan akibat bahan vaksinasi dalam semua bentuk produk ternakan seperti daging dan tenusu.

END/-

No comments: