Thursday, June 26, 2008

Cancer - Tidak Perlu Bedah/ Buang


Kira-kira dua minggu yang lalu saya ke Taman Ehsan Kepong Selangor bertemu dengan Dr.Aziz. Dr.Aziz mempunyai pengalaman luas dalam memberi rawatan kepada pesakit Cancer. Beliau pernah bekerja di hospital besar Kuala Lumpur selama berbelas tahun dan memiliki kepakaran dan kelulusan dalam rawatan kanser serta perubatan nuklear.

Menggunakan kaedah Organopathy untuk merawat pesakit kanser menjadi tumpuannya kini. Pada mulanya saya keliru juga kerana ingin melihat ubat yang dikatakan boleh merawat penyakit tersebut . Rupa-rupanya dia memberitahu tidak ada ubat khusus cuma apa yang beliau lakukan ialah pesakit akan di daiagnose kemudian dia akan memberi 'campuran' ubat Organopathy kepada pesakit mengikut tahap sakit itu sendiri. Saya melihat sendiri senarai atau rekod pesakit yang datang mendapatkan rawatan dan sewaktu saya menemubualnya dia menerima satu panggilan daripada pesakit kanser yang bertanyakan lebih lanjut tentang penggunaan ubat tersebut.

Bagi wanita yang mengidap kanser payudara, dia memberitahu saya jaganlah terburu-buru 'buang' payudara tersebut, cubalah berubat dengannya terlebih dahulu kerana sudah ramai yang selamat daripada kes 'potong dan buang' . Yang pasti semua itu adalah dengan izin Allah katanya. Cerita lanjut mengenai rawatan ini dalam majalah MIDI keluaran 15 Julai.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rawatan bolehlah hubungi beliau di talian : 012 418 2536 atau 012 4752636. Dia menetap di Perlis dan akan datang ke KL setiap hujung minggu.

No comments: